Search This Blog

Wednesday, May 19, 2010

Bukan sekadar motivasi

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera...

Saya ingin mempelawa kepada anda yang berminat untuk berkongsi pengalaman,cerita,fakta,kajian,iklan,promosi produk dan apa sahaja yang anda ingin lakukan bagi tujuaan perkongsian bersama amatlah saya alu-alukan.

Bagi saya,motivasi adalah "booster" pembakar semangat yang penting bagi memastikan kita terus dapat lakukan rutin seharian dengan penuh keyakinan dengan semangat juang yang tinggi agar dapat kita mencapai tahap yang cemerlang dan hebat dalam kerjaya mahupun pelajaran.

Oleh itu, saya merasakan setiap orang memerlukan motivasi...tidak kira motivasi diri,motivasi kerja atau sokongan moral daripada orang yang tersayang....sebab itulah saya hanya berkongsi setiap artikel yang saya baca kepada anda.

Saya bukanlah kaunselor yang mampu memberi kaunseling kepada orang yang memerlukan tetapi saya selesa untuk berkongsi dan bertukar-tukar cerita...tetapi tak salah andai saya katakan suatu hari nanti saya ingin menjadi pakar motivasi yang bertauliah.Tak mustahil bukan?

Oleh hal yang demikian, saya menyeru kepada warga CirOsT yang ingin berkongsi apa jua maklumat bolehlah berbuat demikian di ruangan Circle Of Trust FAN di Facebook supaya blog dan Circle Of Trust FAN bukan sekadar ruangan motivasi.

Salam Ceria!
-Ahmad Zulhilmi bin Kamaruddin
Founder Circle Of Trust (CirOsT)

No comments:

Post a Comment