Search This Blog

Thursday, May 13, 2010

Bahagian ke-2:Ada apa dengan Circle Of Trust?

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera kepada pembaca yg budiman.

Apa khabar anda hari ini?semoga anda dalam keadaan yg sihat sejahtera dan hebat!

Saya ingin menyambung bahagian ke-2, Ada apa dengan "Circle Of Trust" (CirOsT) ? YA!Saya akui setiap individu mempunyai definasi yang berbeda...TETAPI Apa itu CirOsT? Apa itu "Circle Of Trust? Soalan tersebut merupakan soalan asas bagi merungkai satu per satu makna dan asas penubuhan "group" / organisasi ini.

Menyentuh pertanyaan saya yg sblm ini, Apa itu CirOsT ? adalah gabungan huruf yang bermakna "Circle Of Trust". Apa itu Circle Of Trust / Bulatan Kepercayaan ? Ia merangkumi jaringan perhubungan yg berteraskan kepercayaan. Senang bukan? Senang utk diterjemahkan melalui perkataan tetapi AWAS! jangan disalahertikan dgn perbuatan yg boleh menyebabkan kepercayaan itu di salah tafsir atau disalahgunakan!

Oleh hal yang demikian, teras utama dalam CirOsT ini adalah kepercayaan semata-mata. Kepercayaan merangkumi segala jenis kepercayaan yang ada di dalam alam semesta ini iaitu kepercayaan kepada Tuhan, kepercayaan kepada agama, kepercayaan dalam perhubungan sesama insan, kepercayaan kepada apa jua yg melibatkan kepercayaan...kerna bagi saya ianya agak subjektif utk diterjemahkan di sini.

Dengan adanya kepercayaan, kita akan rasa lebih bersyukur dan berterima kasih antara satu dengan yg lain kerana kita dapat merasakan diri dihargai dan selesa dgn apa yg kita ada. Fokus saya hanyalah kepercayaan dalam hubungan sesama insan dengan memupuk rasa kasih dan sayang agar dapat melahirkan rasa PERCAYA di dalam setiap perhubungan dan tidak mendiskriminasikan agama,bangsa dan negara.

Oleh itu, ingin saya merakamkan ucapan TERIMA KASIH kepada warga CirOsT kerana sudi menjenguk blog ini dan juga menjadi FAN Circle Of Trust di Facebook tidak kira di mana anda berada dengan harapan anda dapat menyumbang sesuatu input-input yang berguna agar dapat dikongsikan bersama dan memantapkan lagi pengisian di FAN Circle Of Trust dan juga blog ini di masa yang akan datang.

Akhir kata, saya berharap jumlah pembaca blog dan FAN Cirlce Of Trust ini akan bertambah dari semasa ke semasa dan juga segala objektif dapat dicapai sepenuhnya. Sebarang cadangan/idea/komen/kritikan amatlah di alu-alukan =)

Sekian,Wassalam!

Ahmad Zulhilmi bin Kamaruddin
-Founder CirOsT-

No comments:

Post a Comment