Search This Blog

Monday, April 19, 2010

Disebalik tabir Circle Of Trust (CirOsT) ?

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Perpaduan !

Apa khabar anda semua?harap sihat sejahtera di samping insan tersayang.

Pertama,saya dgn suka hati ingin merakamkan ucapan TAHNIAH dan TERIMA KASIH kerana sudi menjenguk dan meluangkan masa blog dan menyertai Circle Of Trust (CirOsT) FAN.

Mungkin ada di kalangan kita tertanya2 apakah motif dan objektif Circle Of Trust (CirOsT) ini? YA!jikalau saya berada di tempat saudara dan saudari mungkin juga saya mempunyai sifat yang sedemikian.Oleh itu,saya ingin berkongsi cerita di sebalik kewujudan CirOsT ini dan menjelaskan kepada anda disebalik kisah CirOsT dan kronologi cerita tentang CirOsT.

Kisah bermula pada bulan Mac 2010,selepas saya menghadiri Fresh Graduate Training di Kolej Multimedia,KL.Alhamdulillah,pelbagai ilmu yang saya pelajari dengan bantuan tenaga pengajar yang cukup berpengalaman memotivasikan diri saya untuk mengenal kekuatan diri dan personaliti diri supaya dapat menyumbangkan sesuatu yang bermanfaat kepada orang-orang di sekeliling saya.bak kata pakar motivasi "motivasi diri adalah penting umpama orang yang mandi setiap hari" maksudnya,dengan adanya motivasi dan kawalan minda yang positif...kita mampu menggerakkan minda untuk berfikir dgn kreatif dan positif.Bayangkan sekiranya seseorang yang kurang motivasi diri?apa yg akan terjadi kepada golongan sebegini? YA!kita akan ceria dan bersikap positif sekiranya kita PERCAYA dan yakin kepada diri kita dan seterusnya berkawan dengan golongan-golongan yang berjaya dan hebat! "anda adalah apa yang anda fikirkan!"

Setelah saya yakin dengan diri dan berasa selesa dgn diri sendiri...maka anjakan paradigma kini dilakukan secara istiqamah dan tertib.ALHAMDULILLAH,saya mula terfikir andaikan saya dapat membina suasana yang harmoni dengan membina kePERCAYAANan yang sebelum ini tidak muncul di hati dan sanubari saya.Seolah-olah hidup dengan penuh kesepian dan keseorangan tanpa kawan."Engkau adalah Engkau dan Aku adalah Aku!".Oleh hal yang demikian,saya mula membayangkan andaikan saya tidak mempunyai ramai kawan untuk berkongsi masalah dikala sedih,hiba,sayu,susah,dan lain2 melanda diri apa yang akan terjadi kepada individu tersebut?

Sekarang,saya sedar betapa bernilainya erti sebuah persahabatan! Oleh itu, bagi menghargai kawan2 dan sahabat2 setia yang saya dan lain2...amatlah penting kepercayaan dalam sesuatu perhubungan tidak kira perhubungan kepada Tuhan dan kepercayaan dalam perhubungan sesama manusia.Secara umumnya,Malaysia merupakan salah satu negara yang unik di dunia kerana kepelbagaian agama,bangsa,dan kePERCAYAan dapat hidup dalam suasana yang sungguh harmoni dan aman.'SAYA BANGGA MENJADI ANAK MALAYSIA!".Oleh itu juga,salah satu objektif CirOst adalah untuk merapatkan jurang dan menutup lompang antara golongan berpendidikan tinggi dapat membantu golongan yang kurang berpendidikan,yang memerlukan bantuan dapat dihulurkan bantuan dan seterusnya mewujudkan suasana yang harmoni dan empati di antara satu dengan yang lain.

Ingin saya TEGASKAN! penubuhan organisasi ataupun CirOsT ini hanyalah untuk menghargai jasa dan budi kawan-kawan,sahabat handai,dan yang seangkatan dengannya agar kepercayaan dapat disemai dalam setiap sanubari agar kePERCAYAan itu mekar di dalam hati yang tulus suci.Hargailah kawan-kawan anda sepertimana anda mengharapkan diri anda hargai...dan "tidak sempurna iman seseorang itu sekiranya dia tidak mengasihi saudara-saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri".

AMARAN! saya melarang keras jika ada di kalangan semua menyentuh isu-isu sensitif dan AMATLAH DI LARANG sama sekali membangkitkan isu-isu berkenaan politik,agama,bangsa, dan berkelakuan kurang menyenangkan dalam apa jua bentuk medium menggunakan nama CirOsT!

Harapan saya supaya CirOsT ini dapat dimanfaatkan supaya menjadi wacana bagi bertukar-tukar informasi,memotivasikan diri anda dan rakan-rakan sekeliling dan memberi sokongan moral antara satu sama lain agar kePERCAYAan yang di bina dalam perhubungan menjadi satu lagenda yang UNIK!

Sekian dahulu untuk kali ini,sampaikan kepada kawan2,rakan taulan dan sahabat handai agar dapat sama2 menyertai CirOsT kerana jatuh bangun CirOst hanyalah bergantung kepada anda ! Jangan biarkan kePERCAYAan yang di bina diakhiri dengan keKECEWAan! Renung2kan dan Selamat Beramal!

Sekian, Terima kasih di atas perhatian anda!

bersambung..



Tulus Ikhlas,
Ahmad Zulhilmi bin Kamaruddin
(Founder Circle Of Trust)

No comments:

Post a Comment